Sunday, January 20, 2019

98. Asbabun Nuzul Surah Al-Insaan - سورة الإنسان QS76:8,20,24

0 Comments

Asbabun Nuzul Surah Al-Insaan

5JAN
asbabun nuzul surah alqur’an
8. dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.
(Al-Insaan: 8)
Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber dari Ibnu Jarir bahwa kata asiiron (orang yang ditawan) dalam surat Al-Insan ayat 8 ialah tawanan kaum musyrikin yang disiksa, karena Rasulullah saw tidak mungkin punya tawanan kaum Muslimin. Ayat ini (al-Insan:8) turun sebagai perintah kepada kaum Muslimin agar memperlakukan tawanan dengan baik dan member makanan yang disukainya.
20. dan apabila kamu melihat di sana (surga), niscaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar.
(Al-Insaan: 20)
Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber dari ‘Ikrimah bahwa ketika Umar bin al-Khaththab menghadap Rasulullah saw, kebetulan beliau sedang tidur di atas tikar pelepah kurma, sehingga bekasnya pun kelihatan pada badan beliau. ‘Umar menangis melihat keadaan itu. Beliau bersabda: “Mengapa engkau menangis ?” ‘Umar menjawab: “Tuan telah menceritakan kemegahan Kisra (Persia) dan kerajaannya, Hurmuz dan kerajaannya, serta raja Habasyah dan kerajaannya. Sementara tuan sendiri, ya Rasulullah, tidur di atas tikar pelepah kurma.” Rasulullah bersabda: “Apakah engkau tidak ridha, dunia bagi mereka dan akhirat bagi kita ?” Allah menurunkan ayat ini (al-Insaan:20) berkenaan dengan peristiwa tersebut, yang menjanjikan kenikmatan di hari akhir.
24. Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antar mereka.
(Al-Insaan: 24)
Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaq, Ibnu Jarir, dan Ibnul Mundzir yang bersumber dari Qatadah bahwa Qatadah menerima kabar tentang Abu Jahl yang berkata: “Jika aku melihat Muhammad sedang sholat, aku akan menginjak tengkuknya.” Berkenaan dengan peristiwa tersebut, Allah menurunkan ayat ini (Al-Insaan: 24) sebagai peringatan agar tidak mengindahkan apa yang diucapkan orang kafir.

x


Surah al Insaan

"(Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan." (Surah al Insaan: 76: 8)
x
x
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa perkataan "asiera" dalam ayat di atas itu bermaksud tawanan kaum musyrikin yang diseksa. Ini kerana Rasulullah tidak mungkin mempunyai tawanan dari kalangan kaum Muslimin. Penurunan ayat di atas adalah sebagai perintah kepada kaum Muslimin untuk memberi layanan yang baik kepada tawanan dan memberi makanan yang disukainya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir dari Ibnu Jarir)
"Dan apabila engkau melihat di sana (dalam syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada tolok bandingnya)."
(Surah al Insaan: 76: 20)
x
x
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Umar bin Khattab datang mengadap Rasulullah s.a.w. yang kebetulan pada masa itu sedang tidur di atas tikar yang diperbuat dari pelepah kurma sehingga bekasnya kelihatan pada badan Rasulullah, maka Umar menangis melihat kejadian tersebut. Kemudian baginda bersabda: "Mengapa engkau menangis?" Umar menjawab: "Tuan telah menceritakan kemegahan Kisra dan kerajaannya, Hurmuz dengan kerajaannya dan Raja Habsyah dengan kerajaannya sedangkan Tuan sendiri ya Rasulullah tidur di atas tikar yang diperbuat dari pelepah kurma." Rasulullah bersabda lagi: "Apakah engkau tidak redha dunia bagi mereka dan bagi kita adalah akhirat. "

Maka turunlah ayat ini (Surah al Insaan: 76: 20) berhubung dengan peristiwa tersebut yang menjanjikan kenikmatan pada hari akhirat. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzirdari Ikrimah)

"Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar. " (Surah al Insaan: 76: 24)
x
x
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Qatadah mendengar berita bahawa Abu Jahal berkata: "Jika aku melihat Muhammad sedang sembahyang, aku akan patahkan tengkuknya. " Berhubung dengan peristiwa tersebut Allah telah menurunkan ayat di atas sebagai peringatan supaya tidak memperdulikan apa yang diucapkan oleh orang kafir. (K. Diriwayatkan oleh Abdul Razak, Ibnu Jarirdan Ibnu Munzirdari Qatadah)

No comments:

Post a Comment

 
back to top