Friday, January 18, 2019

2. Asbabun Nuzul Surah Al-Qalam - سورة القلم QS68:2,4,10-13,17

0 Comments

Asbabun Nuzul Surah 68 Al-Qalam

JAN2
asbabun nuzul surah alqur’an
2. Berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila.
(al-Qolam: 2)
Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber dari Ibnu Juraij bahwa kaum kafir Quraisy menuduh Nabi Muhammad saw sebagai orang gila, bahkan sebagai setan. Maka turunlah ayat ini (al-Qolam: 2) sebagai bantahan atas ucapan mereka itu.
4. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.
(al-Qolam: 4)
Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim di dalam Kitab ad-Dalaa-il dan al-Wahidi, dengan sanad yang bersumber dari ‘Aisyah bahwa tidak ada seorangpun yang memiliki akhlak yang lebih mulia daripada akhlak Rasulullah saw. apabila seseorang memanggil beliau, baik sahabat, keluarga, ataupun penghuni rumahnya beliau selalu menjawab: “Labbaik (saya memenuhi panggilanmu)”. Ayat ini turun sebagai penegasan bahwa Rasulullah saw memiliki akhlak yang sangat terpuji.
10. Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,
11. Yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah,
12. Yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa,
13. Yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya,
(al-Qolam: 10-13)
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari as-Suddi. Diriwayatkan pula oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari al-Kalbi bahwa ayat ini (al-Qolam: 10) turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq (yang selalu menyebar-luaskan api permusuhan).
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Mujahid bahwa ayat ini (al-Qolam: 10) turun berkenaan dengan al-Aswad bin ‘Abdi Yaghuts (yang terkenal jahatnya).
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas bahwa ketika turun ayat walaa tuthi’ kulla hallaafim mahiinin hammaazim masy-syaa-im binamiim. (Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah) (al-Qolam: 10-11), kaum Mukminin tidak mengetahu apa yang dimaksud dalam ayat tersebut. Maka turunlah ayat selanjutnya (al-Qolam: 13) sehingga merekapun tahu siapa yang dimaksud dalam ayat ini, karena orang tersebut mempunyai tanda seperti tanda pada binatang ternak.
17. Sesungguhnya kami Telah menguji mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana kami Telah menguji pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahwa mereka sungguh-sungguh akanmemetik (hasil)nya di pagi hari,
(al-Qolam: 17)
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu Juraij bahwa pada waktu Perang Badar, Abu Jahl berkata: “Tangkaplah mereka dan ikatlah dengan tambang (tali), tapi jangan dibunuh.” Maka turunlah ayat ini (al-Qolam ayat 17) yang melukiskan bahwa maksud Abu Jahl itu tidak akan tercapai, seperti halnya orang yang hendak memetik hasil kebunnya, tapi ternyata keesokan harinya seluruh isi kebun tersebut sudah musnah.

x


Surah al Qalam

"Engkau (Wahai Muhammad) dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana)." (Surah al Qalam: 68: 2)
x

Surah Al-Qalam - سورة القلم

[68:2] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


68_2
Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
(Al-Qalam 68:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 564 - ٥٦٤
x
Terdapat suatu riwayat yang mengemukakan bahawa kaum kafir Quraisy telah menuduh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai orang gila bahkan sebagai syaitan.Dengan demikian turunlah ayat ini sebagai bantahan akan ucapan mereka itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir dari Ibnu Juraij)

"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia." (Surah al Qalam: 68:4)
x

Surah Al-Qalam - سورة القلم

[68:4] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


68_4
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
(Al-Qalam 68:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 564 - ٥٦٤
x
Riwayat lain ada menyatakan bahawa tiada siapa yang dapat menandingi akhlak Rasulullah s.a.w. Apabila seseorang memanggilnya sama ada sahabat, keluarga atau isi rumahnya, baginda selalu menyahut dengan ucapan: "Labbak." Ayat tersebut turun bagi menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. memiliki akhlak yang terpuji. (Diriwayatkan oleh Abu Nairn di dalam kitab ad Dalail dan al Wahidi dari Aisyah)

"Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya)." (Surah al Qalam: 68:10)

"Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)." (Surah al Qalam: 68: 11)

"Yang sangat-sangat menghalangi amalan-amalan kebajikan, agama, lagi yang sangat-sangat berdosa." (Surah al Qalam: 68:12)

"Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya." (Surah al Qalam: 68:13)
x

Surah Al-Qalam - سورة القلم

[68:10 - 68:13] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


68_10
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
(Al-Qalam 68:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 564 - ٥٦٤

68_11
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
(Al-Qalam 68:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 564 - ٥٦٤

68_12
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, -
(Al-Qalam 68:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 564 - ٥٦٤

68_13
Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
(Al-Qalam 68:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 564 - ٥٦٤
x
Dalam suatu riwayat, dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Qalam: 68:10) turun berkenaan dengan al Akhnas bin Syariq iaitu seorang lelaki yang selalu menyebar luaskan api permusuhan. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari as Suddi) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Munzirdari al Kalbi)

Dalam riwayat lain pula, dikemukakan bahawa ayat tersebut turun berkenaan dengan seorang lelaki lain yang bernama al Aswad bin Abdi Yaghuts yang amat terkenal dengan kejahatannya. (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Hatim dari Mujahid)

Riwayat seterusnya mengemukakan bahawa ketika turun ayat "wala tuthi' kulla hallafin mahin - hammazin masysyain binamim." Kaum Mukminin tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut.

Maka, turunlah ayat selanjutnya (Surah al Qalam: 68:13), sehingga mereka tahu siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan itu kerana orang itu mempunyai tanda sebagaimana tanda yang ada pada binatang ternak. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Ibnu Abbas)

"Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah, (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi." (Surah al Qalam: 68: 17)
x
x
Tentang ayat ini pula, terdapat suatu riwayat yang menyatakan bahawa Abu Jahal telah berkata semasa perang Badar: "Tangkaplah mereka dan ikat dengan tali tetapi jangan dibunuh."


Oleh yang demikian turunlah ayat ini yang menjelaskan bahawa maksud Abu Jahal itu tidak akan tercapai sebagaimana orang yang berhasrat untuk memetik hasil tanamannya di kebun, tetapi hasratnya itu tidak tercapai kerana pada keesokan harinya didapati bahawa seluruh isi kebunnya sudah musnah. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Juraij)

No comments:

Post a Comment

 
back to top