Sunday, January 20, 2019

108. Asbabun Nuzul Surah At-Taghaabun - سورة التغابن QS64:14,16

0 Comments

Asbabun Nuzul Surat At-Taghaabun

15JAN
asbabun nuzul surah alqur’an
14. Hai orang-orang mukmin, Sesungguhnya di antara Isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu*. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(At-Taghaabun: 14)
* Maksudnya: kadang-kadang isteri atau anak dapat menjerumuskan suami atau ayahnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak dibenarkan agama.
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim-keduanya menganggap hadits ini shahih-, yang bersumber dari Ibnu Abbas bahwa ayat inna min azwaajikum wa aulaadikum ‘aduwwal-lakum fahdzaruuhum…. (At-Taghaabun: 14) (Sesungguhnya di antara Isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka….) turun berkenaan dengan beberapa orang penduduk Mekah yang masuk Islam, akan tetapi istri-istri dan anak-anaknya menolak hijrah ataupun ditinggal hijrah ke Madinah. Lama kekamaan merekapun hijrah juga. Sesampainya di Madinah, mereka melihat kawan-kawannya sudah banyak mendapat pelajaran dari Nabi Muhammad saw. karenannhya mereka bermaksud menyiksa anak dan istri mereka yang menjadi penghalang untuk berhijrah. Maka turunlah ayat selanjutnya.. wa in ta’fuu wa tshfahuu wa taghrifuu fa innallooha ghofuurur rohiim. (dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni [mereka] maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (At-Taghaabun: 14) yang menegaskan bahwa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari ‘Atha’ bin Yasar bahwa surah at-Taghabun seluruhnya turun di Madinah, kecuali ayat yaa ayyuhalladziina aamanu inna min azwaajikum wa aulaadikum ‘aduwwal-lakum fahdzaruuhum….(At-Taghaabun: 14) (Sesungguhnya di antara Isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu
Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka….) . Ayat tersebut turun berkenaan dengan ‘Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak istri yang selalu menangisinya apabila akan pergi berperang, bahkan menghalanginya dengan berkata: “Kepada siapa engkau akan menitipkan kami ?” Iapun merasa kasihan kepada mereka hingga tidak jadi berangkat perang. Selanjutnya ayat-ayat lainnya sampai akhir surah at-Taghobun ini diturunkan di Madinah.
16. Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu*. dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, Maka mereka Itulah orang-orang yang beruntung.
(At-Taghaabun: 16)
* Maksudnya: nafkahkanlah nafkah yang bermanfaat bagi dunia dan akhirat.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Sa’id bin Jubair bahwa ketika turun ayat….ittaqullaaha haqqa tuqaatih…(bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadanya…) (Ali Imron: 102), kaum Muslimin melakukan berbagai amal hingga kaki mereka bengkak-bengkak dan dahi mereka luka-luka. Maka Allah menurunkan ayat ini (At-Taghaabun: 16) yang memberi keringanan kepada kaum Muslimin.

x


Surah at Taghaabun

"Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu, oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " (Surah atTaghaabun: 64: 14)
x

Surah At-Taghaabun - سورة التغابن

[64:14] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


64_14
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(At-Taghaabun 64:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 557 - ٥٥٧

x
Terdapat satu riwayat yang mengemukakan bahawa ayat "inna min azwajikum wa auladikum 'aduwwan lakum fahzaruhum." (Surah atTaghaabun: 64: 14) diturunkan berkisar tentang suatu kaum dari ahli Mekah yang memeluk Islam, akan tetapi isteri dan anak-anak mereka menolak seruan hijrah atau dengan kata lain tidak menyertai rombongan yang berhijrah ke Madinah. Setibanya di Madinah, mereka dapati ramai di antara sahabat-sahabat mereka yang telah mendapat didikan dan tunjuk ajar dari Nabi s.a.w. Oleh kerana itu, mereka berniat untuk menyeksa isteri dan anak-anak mereka yang menjadi penghalang untuk mereka berhijrah.

Dengan itu, turunlah ayat seterusnya "wain ta'fu watash fahu wa taghfiru fainnallaha ghafururrahim." (Surah at Taghaabun: 64: 14) yang menjelaskan bahawa Allah Maha Pengampun lagi Penyayang. (Diriwayatkan oleh at Tirmizi dan al Hakim yang menganggap bahawa Hadis ini sahih dari Ibnu Abbas)

Riwayat lain pula mengemukakan bahawa keseluruhan surah at Taghaabun ini diturunkan di Mekah, kecuali ayat: "Ya ayyuhal lazina amanu inna min azwajikum wa auladikum 'aduwwal lakum fahzaruhum."(Surah atTaghaabun: 64:14).

Sesungguhnya ayat ini menceritakan tentang Auf bin Malik al Asyja'i yang mempunyai anak dan isteri yang sering menangisi pemergiannya untuk berperang, bahkan cuba untuk menghalangnya dengan berkata: "Kepada siapakah kami ini akan engkau titipkan?" Oleh kerana merasa kasihan mendengarkan kata-kata itu, akhirnya dia tidak jadi untuk pergi berperang.

Adapun, ayat yang seterusnya hingga akhir surah diturunkan di Madinah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Atha' bin Yasar)

"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya." (Surah atTaghaabun: 64: 16)
x

Surah At-Taghaabun - سورة التغابن

[64:16] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


64_16
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(At-Taghaabun 64:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 557 - ٥٥٧
x
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika turun ayat "ittaqullaha haqqa tuqatih", (Surah AN 'Imran: 3:102) kaum Muslimin telah melakukan pelbagai amal ibadat sehingga kaki mereka bengkak dan dahi luka-luka.


Maka, Allah pun menurunkan ayat di atas iaitu ayat 16 dari surah atTaghaabun yang memberi keringanan kepada kaum Muslimin. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Saad bin Jubair)

No comments:

Post a Comment

 
back to top