Sunday, January 20, 2019

107. Asbabun Nuzul Surah At-Tahriim - سورة التحريم QS66:1-2,5

0 Comments

Asbabun Nuzul Surah At-Tahrim

15JAN
asbabun nuzul surah alqur’an
1. Hai nabi, Mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang*
2. Sesungguhnya Allah Telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu** dan Allah adalah Pelindungmu dan dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
* Bukhari dan muslim meriwayatkan bahwa nabi Muhammad saw pernah mengharamkan dirinya minum madu untuk menyenangkan hati isteri-isterinya. Maka turunlah ayat teguran Ini kepada nabi.
**apabila seseorang bersumpah mengharamkan yang halal Maka wajiblah atasnya membebaskan diri dari sumpahnya itu dengan membayar kaffarat, seperti tersebut dalam surat Al Maaidah ayat 89.
Diriwayatkan oleh al-Hakim dan an-Nasa-i dengan sanad yang shahih, yang bersumber dari Anas bahwa Rasulullah saw mempunyai seorang sahaya yang suka ‘disentuhnya’. Namun karena Siti Hafsah selalu merongrongnya, maka Rasulullah saw mengharamkan sahaya tersebut bagi dirinya. Maka Allah menurunkan ayat ini (at-Tahrim: 1) sebagai teguran kepada beliau karena mengharamkan yang halal.
Diriwayatkan oleh adl-Dliya’ di dalam Kitab al-Mukhtaaroh, dari Hadits Ibnu ‘Umar yang bersumber dari ‘Umar bahwa Rasulullah saw bersabda kepada Hafsah: “Jangan engkau sebarluaskan bahwa Ummu Ibrahim (Mariyah al-Qibthiyyah) telah aku haramkan bagiku.” Sejak itu Rasulullah tidak mendekatinya hingga Hafsah memberitahukan hal ini kepada ‘Aisyah. Maka Allah menurunkan ayat ini (at-Tahrim: 2) sebagai jalan keluar dari sumpah yang telah diucapkan beliau.
Diriwayatkan oleh ath-Thabarani dengan sanad yang daif, yang bersumber dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw membawa sahayanya yang bernama Mariyah al-Qibtiyyah ke rumah Hafsah. Ketika Hafsah datang, didapatinya Rasulullah bersama Mariyah. Berkatalah Hafsah: “Ya Rasulullah, mengapa di rumahku, tidak di rumah istrimu yang lain.” Rasulullah bersabda: “Ia (Mariyah) aku haramkan untuk ‘kusentuh’. Tetapi pengharaman ini tidak perlu engkau bicarakan kepada orang lain.” Tetapi Hafsah keluar juga menemui Siti ‘Aisyah dan langsung memberitahukan persoalan tersebut kepadanya. Maka Allah menurunkan ayat ini (at-Tahrim: 1) sebagai teguran kepada Rasulullah yang telah mengharamkan perkara yang halal baginya.
Diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad yang shahih, yang bersumber dari Ibnu Abbas bahwa ayat ini (at-Tahrim: 1) turun berkenaan dengan Mariyah al-Qibthiyyah (seorang sahaya Rasulullah saw) yang beliau haramkan untuk “menyentuhnya”.
Diriwayatkan oleh ath-Thabarani dengan sanad yang shahih, yang bersumber dari Ibnu Abbas. Hadits ini mempunyai syaahid (penguat) di dalam ash-Shaahihul Bukhaarii dan Shahihu Muslim, bahwa Rasulullah saw minum madu di rumah Saudah, kemudian pergi ke rumah ‘Aisyah. ‘Aisyah berkata: “Aku mencium bau yang tidak sedap.” Kemudian Rasulullah datang ke rumah Hafsah, dan iapun berkata seperti ucapan ‘Aisyah itu. Rasulullah saw bersabda: “Barangkali bau tersebut berasal dari minuman yang diminum di rumah Saudah. Demi Allah, saya tidak akan meminumnya lagi.” Maka turunlah ayat ini (at-Tahrim: 1-2) sebagai teguran kepada Rasulullah saw yang telah mengharamkan apa yang halal baginya.
Menurut al-Hafizh Ibnu Hajar, ayat ini bisa saja diturunkan berkenaan dengan kedua sebab itu.
Diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad yang bersumber dari ‘Abdullah bin Rafi’ bahwa ‘Abdullah bin Rafi’ bertanya kepada Ummu Salamah tentang ayat ini (at-Tahrim: 1). Ummu Salamah menjawab: “Ketika aku mempunyai madu putih yang kusimpan dalam satu wadah, Rasulullah saw mencicipinya karena beliau menyukai madu.” Berkatalah ‘Aisyah kepada Nabi Muhammad saw: “Rupanya madu yang tuan minum itu berasal dari tawon yang biasa mengisap ‘arfath (buah-buahan yang berbau busuk yang tidak disukai Rasul).” Seketika itu juga Rasulullah mengharamkan madu putih bagi dirinya. Ayat ini (at-Tahrim: 1) menegur Rasulullah saw yang mengharamkan sesuatu yang halal bagi dirinya.
Diriwayatkan oleh al-Harits bin Usamah di dalam Musnad-nya, yang bersumber dari ‘Aisyah. Hadits ini terlalu jauh apabila dianggap sebagai asbabun nuzul ayat ini, bahwa Abu Bakr bersumpah tidak akan memberi belanja kepada Misthah karena turut memfitnah ‘Aisyah. Allah menurunkan ayat ini (at-Tahrim: 2) sebagai perintah agar menebus sumpah yang telah diucapkan. Setelah turun ayat tersebut Abu Bakr pun memberi belanja kembali kepada Misthah.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas. Riwayat ini gharib dan sanadnya daif, bahwa ayat ini (at-Tahrim: 1) turun berkenaan dengan seorang wanita yang menghibahkan dirinya kepada Nabi saw.
5. Jika nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.
Asbabun Nuzul ayat ini (at-Tahrim: 2) telah diterangkan pada asbabun nuzul surat al-Baqoroh ayat 125.

x


Surah at Tahrim

AT TAHRIM
"Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredhaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah at Tahrim:66: 1)

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda kaffarah); dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan la Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (SurahatTahrim:66:2)
x

Surah At-Tahriim - سورة التحريم

[66:1 - 66:2] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.'

66_1
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(At-Tahriim 66:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 560 - ٥٦٠

66_2
Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda - kaffarah); dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(At-Tahriim 66:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 560 - ٥٦٠
x
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah mempunyai seorang hamba sahaya perempuan yang selalu dicampurinya. Oleh kerana Siti Hafsah selalu merungut, maka Rasulullah mengharamkan hamba sahaya wanita bagi dirinya. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1) sebagai teguran kepadanya di dalam mengharamkan sesuatu benda yang telah dihalalkan. (Diriwayatkan oleh al Hakim dan an Nasa'i dengan sanad yang sahih dari Anas)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hafsah: "Jangan engkau menyebarkan bahawa Ummu Ibrahim (Mariyah al Qibtiyah) telah aku haramkan bagiku." Sejak itu Rasulullah s.a.w. tidak lagi mendekatinya sehingga Hafsah memberitahu perkara ini kepada Aisyah. Maka, Allah pun menurunkan ayat ini (Surah at Tahrim: 66:2) sebagai jalan keluar dari sumpah yang diucapkannya. (Diriwayatkan oleh ad Dliya di dalam kitab al Mukhtarah dari Hadis Ibnu Umar dari Umar)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. membawa hamba sahaya perempuannya yang bernama Mariyah al Qibtiyah ke rumah Hafsah dan setelah Hafsah pulang beliau mendapati bahawa Rasulullah sedang bersama Mariyah. Maka berkatalah Hafsah: "Ya Rasulullah, mengapa dirumahku dan tidak di rumah isteri yang lain." Rasulullah bersabda: "Dia aku haramkan untuk aku sentuh tetapi pengharaman ini tidak perlu aku beritahu kepada orang lain."

Akan tetapi, Hafsah keluar menemui Siti Aisyah dan terus memberitahunya tentang perkara ini sehingga Allah menurunkan ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1) sebagai teguran kepada Rasulullah s.a.w. yang telah mengharamkan apa yang halal baginya. (Diriwayatkan oleh ath Thabrani dengan sanad yang daif dari Abi Hurairah)

Dalam riwayat lain dikemukakan pula bahawa ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1) turun berkenaan dengan Mariyah al Qibtiyah (seorang hamba sahaya perempuan Rasulullah s.a.w. yang diharamkan disentuh olehnya. (Diriwayatkan oleh al Bazzar dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas)

Riwayat seterusnya ada mengemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada meminum madu di rumah Saudah. Kemudian, baginda pergi ke rumah Aisyah. Lalu, Aisyah berkata: "Aku mencium bau yang tidak sedap." Kemudian, Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah Hafsah pula dan dia juga mengatakan sebagaimana kata-kata dari Aisyah tadi. Maka, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mungkin kerana minuman yang diminum di rumah Saudah. Demi Allah saya tidak akan meminumnya lagi."

Maka, turunlah ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1-2) sebagai teguran kepada Rasulullah s.a.w. yang mengharamkan perkara yang halal baginya. (Diriwayatkan oleh at Thabarani dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas) (Hadis ini mempunyai syahid (saksi) di dalam Sahihain)

Menurut al Hafiz Ibnu Hajar, ayat ini diturunkan kerana kedua-dua sebab tersebut. Dalam riwayat lain, ada dikemukakan bahawa Abdullah bin Rafi' bertanya kepada Ummu Salamah tentang ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1) dan Ummu Salamah menjawab: "Ketika aku mempunyai madu putih yang aku simpan dalam satu bekas, Rasulullah s.a.w. merasanya kerana baginda sangat menyukai madu." Maka, berkatalah Aisyah kepada Rasulullah s.a.w: "Rupanya madu yang tuan makan itu berasal dari tawon yang menghisap arfath (buah-buahan yang berbau busuk yang tidak disukai Rasulullah s.a.w.)." Oleh yang demikian, pada ketika itu juga Rasulullah s.a.w. mengharamkan madu putih baginya.

Ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1) menegur Rasulullah s.a.w. yang mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah ke atasnya. (Diriwayatkan oleh Sa'd dari Abdullah bin Rafi’)

Seterusnya, riwayat lain menyatakan bahawa ketika Abu Bakar bersumpah tidak akan memberi belanja kepada Misthah yang tersangkut dengan fitnah Aisyah, ayat ini (Surah at Tahrim: 66: 2) diturunkan sebagai perintah untuk menebus sumpah yang telah diucapkan. Setelah ayat ini diturunkan, Abu Bakar kembali memberikan belanja kepada Misthah. (K. Diriwayatkan oleh al Harts bin Usamah di dalam musnadnya dari Aisyah. Hadis ini sangat berbeza apabila dianggap sebagai asbab nuzul ayat ini)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (Surah at Tahrim: 66: 1) turun berkenaan dengan seorang wanita yang menghebahkan dirinya kepada Nabi s.a.w. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas) (Riwayat ini gharib dan sanadnya lemah)

"Bolehjadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang anak dara." (Surah at Tahrim: 66: 5)
x

Surah At-Tahriim - سورة التحريم

[66:5] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


66_5
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara.
(At-Tahriim 66:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 560 - ٥٦٠
x
Asbab Nuzul ayat ini (Surah at Tahrim: 66: 5) telah diterangkan pada asbab nuzul surah al Baqarah ayat 125.
x

Surah Al-Baqarah - سورة البقرة

[2:125] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


2_125
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
(Al-Baqarah 2:125) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 19 - ١٩
x

No comments:

Post a Comment

 
back to top