Asbabun Nuzul Surah Ath-Thaariq
5JANx
SURAH AT THAARIQ
فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ مِمَّ خُلِقَ
"(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan." (Surah ath Thaariq: 86: 5)
x
Surah At-Taariq - سورة الطارق
[86:5] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
(At-Taariq 86:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 591 - ٥٩١
x
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berkenaan dengan kisah Abil Asad yang berdiri di atas kulit yang disamak sambil berkata dengan sombong: "Hai golongan Quraisy, barangsiapa yang boleh memindahkan aku dari kulit ini aku akan beri hadiah kepadanya."Seterusnya dia berkata: "Muhammad menganggap bahawa penjaga pintu jahannam itu berjumlah sembilan belas. Aku sendiri sanggup mewakili kalian semua untuk mengalahkan yang sepuluh dan kalian semua mengalahkan yang sembilan lagi."
Maka ayat di atas turun adalah sebagai sindiran terhadap perbuatan mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah)
No comments:
Post a Comment