Asbabun Nuzul Surah Al-Jumu’ah
15JANx
Surah al Jumu'ah
"Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah).Katakanlah (Wahai Muhammad: "Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah alJumu'ah: 62:11)
x
Surah Al-Jumu'ah - سورة الجمعة
[62:11] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
(Al-Jumu'ah 62:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 554 - ٥٥٤
x
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Rasulullah berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah kafilah yang membawa dagangan dari Syam.Orang-orang yang sedang mendengar khutbah keluar menjemput rombongan kafilah itu sehingga tinggal hanya 12 orang sahaja yang duduk mendengar khutbah Nabi. Maka ayat ini (Surah al Jumu'ah: 62: 11) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut. Ayat ini turun sebagai penjelasan bahawa apa yang ada di sisi Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang ada pada perniagaan. (Diriwayatkan oleh as Syaikhani dari Jabir)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa apabila ada gadis-gadis yang bernikah, berlangsunglah majlis keramaian dengan menggunakan seruling dan alat muzik yang lain.
Oleh kerana itu, perkara ini menyebabkan orang-orang akan pergi melihat keramaian itu sehingga meninggalkan Rasulullah yang sedang berdiri memberi khutbah di atas mimbar.
Maka turunlah ayat ini (Surah al Jumu'ah: 62:11) sebagai penjelasan bahawa nikmat yang diberikan oleh Allah itu adalah lebih baik daripada majlis keramaian dan perniagaan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Jabir) Tepatnya ayat ini turun berkenaan dengan kedua peristiwa di atas.
KETERANGAN
Menurut pendapat Ibnu Munzir dari Jabir, kisah nikah dan cerita mengenai kedatangan kafilah itu berlaku pada waktu yang sama dan ayat ini turun disebabkan oleh kedua perkara di atas.
No comments:
Post a Comment