Saturday, January 19, 2019

75. Asbabun Nuzul Surah 32 As-Sajdah

0 Comments

Asbabun Nuzul Surah As-Sajdah

20JAN
asbabunn nuzul surah alqur’an
16. “lambung mereka jauh dari tempat tidurnya* dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang Kami berikan.”
(as-Sajdah: 16)
*Maksudnya mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur untuk mengerjakan shalat malam.
Diriwayatkan oleh al-Bazzar yang bersumber dari Bilal. Dalam sanad hadits ini terdapat seorang rawi yang daif, yaitu ‘Abdullah bin Syabib. Bahwa ketika Bilal dan para sahabat Rasulullah duduk-duduk di masjid, ada sahabat-sahabat lainnya yang shalat sunat sesudah magrib sampai isya. Maka turunlah ayat ini (as-Sajdah: 16) yang melukiskan perbuatan orang-orang yang terpuji.
Diriwayatkan dan disahihkan oleh at-Tirmidzi, yang bersumber dari Anas bahwa ayat ini (as-Sajdah: 16) turun berkenaan dengan para sahabat yang menunggu shalat al-‘atamah (shalat isya yang dilakukan pada akhir malam).
18. “Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasik? mereka tidak sama.”
(as-Sajdah: 18)
Diriwayatkan oleh al-Wahidi dan Ibnu ‘Asakir, dari Sa’id bin Jubair, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari ‘Atha’ bin Yasar. Diriwayatkan pula oleh Ibnu ‘Adi dan al-Kathib di dalam kitab Tarikh-nya, dari al-Kalbi, dari Abu Shalih, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas bahwa al-Walid bin ‘Uqbah bin Abi Mu’aith berkata kepada ‘Ali bin Abi Thalib: “Mata tombak kami lebih tajam daripada tombakmu, lidah kami lebih lancar daripada lidahmu, dan anak buah kami lebih banyak daripada anak buahmu.” ‘Ali menjawab: “Tutup mulutmu. Sesungguhnya engkau orang fasik.” Ayat ini (as-Sajdah: 18) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut yang menegaskan bahwa orang fasik tidak sama dengan orang Mukmin.
Diriwayatkan oleh al-Khathib dan Ibnu ‘Asakir, dari Ibnu Luhai’ah dari ‘Amr bin Dinar, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas bahwa ayat ini (as-Sajdah: 18) turun berkenaan dengan percekcokan lisan antara ‘Ali bin Abi Thalib dan ‘Uqbah bin Abi Mu’aith. Dalam riwayat ini dikemukakan pula bahwa ayat tersebut turun berkenaan dengan ‘Uqbah bin al-Walid, dan bukan al-Walid.
“dan mereka bertanya: “Bilakah kemenangan itu (datang) jika kamu memang orang-orang yang benar?”Katakanlah: “Pada hari kemenangan* itu tidak berguna bagi orang-orang kafir, iman mereka dan tidak pula mereka diberi tangguh.”
(as-Sajdah: 28-29)
*Hari kemenangan ialah hari kiamat, atau kemenangan dalam perang Badar, atau penaklukan kota Makkah
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Qatadah bahwa para sahabat berkata: “Sesungguhnya hari untuk beristirahat dan bersenang-senang telah mendekat kepada kami.” Berkatalah kaum musyrikin: “Bilakah kemenangan itu, sekiranya kalian benar?” maka turunlah ayat tersebut (as-Sajdah: 28-29) sebagai penegasan kepada mereka bahwa pada waktu itu keimanan tidak akan berfaedah bagi orang-orang kafir.

x


Surah al Sajdah

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka." (Surah as Sajdah: 32: 16) 

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Bilal dan para sahabat Rasulullah duduk-duduk di masjid, terdapat sebahagian sahabat lain yang sembahyang sunat selepas Maghrib sehingga Isyak. Maka turunlah ayat ini (Surah as Sajdah: 32: 16) yang menceritakan perbuatan orang-orang yang terpuji. (K. Diriwayatkan oleh al Bazzar dari Bilal) (Di dalam hadis ini terdapat sanad yang daif iaitu Abdullah bin Syabib) 

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah as Sajdah: 32: 16) turun berkenaan dengan para sahabat yang menunggu untuk menunaikan sembahyang al Atamah iaitu sembahyang Isyak yang dilakukan pada akhir malam. (Diriwayatkan dan disahihkan oleh at Tirmizi dari Anas) 

"(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan). " (Surah as Sajdah: 32: 18) 

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Walid bin Uqbah bin Abi Muaith berkata kepada Ali bin Abi Talib: "Mata tombak kami lebih tajam dari tombakmu, dan lidah kami lebih lancar dari lidahmu serta anak buah kami lebih banyak dari anak buahmu. " Ali menjawab: "Tutup mulutmu, sesungguhnya engkau adalah orang fasik. 

"Maka ayat ini (Surah as Sajdah: 32: 18) turun berkenaan dengan peristiwa di atas sebagai penjelasan bahawa orang fasik tidak sama dengan orang Mukmin. (Diriwayatkan oleh al Wahidi dan Ibnu Asakir dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarirdari Atha bin Yasar) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Adi dan al Khatib di dalam kitab Tarikhnya dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas) 

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini turun berkenaan dengan pertikaman lidah di antara Ali bin Abi Talib dengan Uqbah bin Abi Muaith. Menurut riwayat ini ada dikemukakan bahawa ayat-ayat ini turun berkenaan dengan Uqbah bin Walid dan bukan al Walid. (Diriwayatkan oleh al Khatib dan Ibnu Asakir dari Ibnu Luhaiah dari Amr bin Dinar dari Ibnu Abbas) 

"Dan mereka bertanya: "Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?" (Surah as Sajdah: 32: 28) 

"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)." (Surah as Sajdah: 32: 29) 

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa para sahabat berkata: "Sesungguhnya telah hampir kepada kami hari untuk beristirahat dan bersenang-senang." Kemudian kaum musyrikin berkata: "Bilakah waktunya sekiranya kalian semua adalah orang yang benar?" Maka turunlah ayat ini (Surah as Sajdah: 32: 28-29) sebagai penegasan kepada mereka bahawa pada waktu itu tidak akan memberi faedah kepada orang kafir. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah) 

No comments:

Post a Comment

 
back to top