Asbabun Nuzul Surah Al-Muthaffifiin
5JANx
SURAH AL MUTHAFFIFIIN
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ
"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan)." (Surah al Muthaffifiin: 83: 1)
الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ
"laitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang-cupak) Odari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. " (Surah al Muthaffifiin: 83: 2)
وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
"Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi." (Surah al Muthaffifiin: 83: 3)
x
Surah Al-Mutaffifiin - سورة المطففين
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.'
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
x
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketiki Rasulullah sampai ke Madinah, baginda mengetahui bahawa orang-orang Madinah melakukan penipuan di dalam sukatan dan timbangan. Maka Allah menurunkan ayat di atas sabagai ancaman kepada orang-orang yang melakukan penipuan dalam sukatan dan timbangan.
Selepas penurunan ayat ini orang-orang Madinah termasuk di dalam golongan orang yang jujur di dalam menyukat dan menimbang. (Diriwayatkan oleh an Nasa'i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas)
No comments:
Post a Comment